Mengapa Doa Kita Di Tolak?



Pada suatu masa Ibrahim Adham pernah di tanya oleh orang ramai kenapakah do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t . Sedangkan mereka tidak jemu-jemu berdo'a dan memohon kepada Allah s.w.t. Ibrahim Adham menjawab terdapat 10 perkara kenapa do'a-do'a mereka tidak di makbulkan oleh Allah s.w.t :



1. Kita mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hakNya (tanggung jawab kita kepadaNya)
2. Kita membaca al-Qur'an, tetapi tidak beramal dengan ajarannya. 
3. Kita kata kasihkan Rasulullah s.a.w, tetapi  tidak beramal dengan sunnahnya. 
4. Kita kata syaitan itu musuh seteru, tetapi kita menjadi sahabat syaitan dan patuh padanya. 
5. Kita berdo'a untuk ke Syurga, tetapi kita tidak beramal dengan amalan yang membawa kita ke Syurga. 
6. Kita berdo'a minta di jauhkan dari api Neraka, tetapi kita melakukan banyak perkara yang mencampakkan kita ke dalam Neraka. 
7. Kita kata mati itu benar, tetapi kita tidak bersedia untuk menghadapinya. 
8. Kita sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi kita lupa dengan keaiban sendiri. 
9. Kita menerima nikmat Allah s.w.t, tetapi kita tidak bersyukur kepada Nya. 
10. Kita kuburkan saudara kita yang sudah mati, tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Jom sama-sama kita muhasabah diri dan berdoa kepada Allah, sebagai tanda perhambaan kita kepadaNya. Semoga Allah memperkenankan segala doa-doa kita.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal. Wasalam

0 Response to "Mengapa Doa Kita Di Tolak?"