'Dia ugut nak sembelih'



Kota Bharu: "Lelaki itu ugut nak sembelih mak cik dan lepas itu mahu meletakkan mak cik dalam but kereta," kata mangsa samun, Bidah Hasan, 82, yang dilarikan tiga lelaki sejauh kira-kira 10 kilometer dari rumahnya di Kampung Tunjong, di sini, petang kelmarin.




Dalam kejadian itu, Bidah dipercayai mengalami lebam dan luka ringan di tangan kirinya apabila gelang tangan emas, anting-anting dan cincin emas, dianggarkan bernilai RM15,000, disamun penjenayah terbabit.


Sebaik barang kemasnya dirampas, dia ditinggalkan di tepi Jalan Salor-Pasir Mas, dekat sini, sebelum diselamatkan pemandu lori membawa muatan ais yang menghantarnya pulang ke rumah kira-kira 6.50 petang.



Menceritakan kejadian itu, Bidah berkata, dia sedang berbual dengan seorang jiran berusia 40 tahun di tepi beranda rumah anaknya sebelum terlihat sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki berusia 20 tahun hingga 30 tahun menghampirinya.



"Ketika berbual-bual, tiba-tiba pemandu kereta terbabit mengundurkan kenderaannya dengan laju dan seorang lelaki tiba-tiba menarik makcik dengan kasar supaya masuk ke dalam kereta.

0 Response to "'Dia ugut nak sembelih'"